Semoga ia menjadi satu titik permulaan yang positif bagi tahun baru yang akan menjelma untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat

Tuesday, December 29, 2009

Tugasan baru sedia menanti

Hari ini, setelah lima minggu melalui detik-detik indah bersama rakan-rakan seperjuangan di Kampus Perempuan Melayu, Melaka saya mula menjejakkan kaki semula ke sekolah. Tempat bertugas, sejak 16. Mac 2008. Sekolah ketiga dalam perkhidmatan selama 7 tahun. Sekolah Agama Taman Dahlia yang telah sekian lama kutinggalkan bagi memenuhi tuntutan kehidupan. Ya, saya perlu membiasakan diri semula dengan iklim di sini, melengkapkan mana-mana bahagian yang belum sempat kuselesaikan sebelum cuti penggal yang lalu, kini perlu bersedia untuk proses kemasukan pelajar-pelajarnya bagi sesi 2010 yang bakal menjelma beberapa hari lagi. Debaran itu kian terasa. Bertemu dengan wajah-wajah harapan bangsa, yang baru hendak mengenali erti kehidupan. Ditambah pula, berlaku pertukaran guru disebabkan kenaikan pangkat, menyebabkan berlaku sedikit perubahan dari segi pentadbiran. Situasi yang perlu dihadapi ialah, bakal berhadapan dengan guru yang ditukarkan ke sekolah ini, apa yang diharapkan ialah semoga guru tersebut dapat memberikan komitmen yang baik sepertimana guru yang dipindahkan itu...
Seperkara yang menarik, hari ini juga dua orang permata hatiku telah kudaftarkan mereka ke sekolah tadika, Pusat Asuhan Tunas Islam. Silibus yang diajarkan menarik hatiku untuk meneruskan permata hatiku mandapatkan pengalaman persekolahannya yang pertama di situ sebelum melangkahkan kaki ke peringkat persekolahan yang sebenar. Hari yang berlalu terlalu cepat....tanpa disangka mereka telah mencapai usia persekolahan...Harapan ku sama seperti ibu-ibu yang lain, agar anakku mendapat pendidikan yang sempurna untuk memandunya ke jalan yang diredhaiNya, dan selamat di dunia dan di akhirat.

1 comment: