Semoga ia menjadi satu titik permulaan yang positif bagi tahun baru yang akan menjelma untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat

Saturday, December 26, 2009

Tanggal 10 Muharram - Antara Peristiwa Penting

10 Muharram juga disebut hari Asyura. Pada tahun ini, 10 Muharram berlaku pada hari Ahad. Beberapa peristiwa penting telah dicatatkan di dalam Al-Quran berkaitan dengan hari tersebut, antaranya ialah...

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah S.W.T
2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah dari bahteranya selepas bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa Alaihissalam.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob dipulihkan oleh Allah S.W.T
8. Nabi Ayub dipulihkan daripada penyakit kulit.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut merah terbelah dua bagi menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni oleh Allah S.W.T
12. Nabi Sulaiman dikurniakan oleh Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam, menurunkan rahmat, menurunkan hujan, menjadikan Arasy dan Luh Mahfuz.
14. Allah menciptakan malaikat Jibrail.
15. Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan sunat perlu direbut untuk dilakukan pada 10 Muharram adalah,
banyak bersedekah, berpuasa sunat, memuliakan fakir miskin, menahan marah serta menyapu atau megusap kepala anak yatim.

Suatu ketika, Rasulullah S.A.W bertemu beberapa anak yatim yang sedang bermain lalu Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan seraya berkata;
"Aku juga anak yatim, siapa yang mengasihani anak yatim, beerti dia juga mengasihani diriku. Aku dan orang yang mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini, (Rasullullah S.A.W memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yang direnggangkan sedikit antara kedua-dua jari itu)," Hadis riwayat Bukhari.

No comments:

Post a Comment