Semoga ia menjadi satu titik permulaan yang positif bagi tahun baru yang akan menjelma untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat

Thursday, December 17, 2009

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat dariNya, saya telah diberi peluang yang amat bermakna apabila berjaya dipilih oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia Tahun 2009, Jabatan Agama Johor untuk menerima anugerah ini. Panel tersebut telah bersidang pada 2.12.2009 seterusnya saya adalah di antara 250 orang penerima anugerah yang dipilih. Majlis anugerah yang gilang-gemilang tersebut telah dilaksanakan di Pusat Islam Iskandar Johor pada 17hb. 12. 2009. Tidak lupa juga, kepada guru besar, Ustazah Zaharah selaku penilai pertama pada 2008 di Sekolah Agama Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bahru di atas penilaian yang positif terhadap saya. Semoga dengan penganugerahan ini akan memberikan semangat pada diri ini untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.Dalam majlis tersebut juga telah memberikan saya pengalaman yang menarik kerana ini adalah kali pertama saya menerima anugerah dalam tempoh 9 tahun berkhidmat sebagai pendidik. Kepada rakan-rakan yang belum berpeluang menerima APC, bersabarlah. Kita semua adalah yang cemerlang, cuma masa yang akan menentukannya. Bagi rakan-rakan yang telah menerima APC, teruskanlah kecemerlangan itu. Tingkatkanlah demi kerjaya, anak didik, bangsa dan negara. Semoga terus cemerlang di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment