Semoga ia menjadi satu titik permulaan yang positif bagi tahun baru yang akan menjelma untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat

Tuesday, August 31, 2010

Jadual Interaksi September 2010

Cuti persekolahan hampir bermula. Seperti biasa, maka bermulalah lagi interaksi di IPG Perempuan Melayu. Jumaat ini hinggalah ke Rabu minggu hadapan sebelum menjelma Syawal yang dinanti. Tapi....yang pasti ye kawan-kawan ku sekalian, ada lagi beberapa minggu untuk menamatkan praktikum fasa 2 kita. Nampaknya, perjuangan itu masih belum selesai.

Yelah...kawan-kawan, jadual waktu pun dah ada boleh la download di Portal IPPM.

Selamat berpraktikum, berkuliah, berpuasa dan menyambut Hari Raya....

Sunday, August 22, 2010

Murid-murid Praktikum....

Hari ini, masuk minggu ke-9 sesi praktikum merangkap pencerapan kali ke-4.
Ku perhatikan, murid-murid pada hari ini agak berdisiplin berbanding hari-hari yang lalu. Mungkin juga kerana mereka dalam iklim berpuasa. Secara jujurnya, saya berpuas hati dengan mereka pada kali ini. Mengikut arahan, tiada lagi usik mengusik...dan mungkin boleh diberikan ganjaran di akhir praktikum nanti sebagai pemangkin untuk mereka dalam terus mendidik jiwa yang positif. Saya amat mengharapkan mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan saya sehingga ke titik yang terakhir.

Tadarus Al-Quran dan Praktikum

Hari ini merupakan hari ke 13 umat Islam menjalani ibadat puasa. Esok genap 14 hari berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Hari ini juga, guru-guru agama yang mengajar pada sesi petang khasnya Sek. Agama Taman Dahlia diminta untuk bertadarus di BKG, Pej. Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru yang bermula dari jam 9.00 pagi.
Secara kebetulan, hari ini pula adalah kehadiran pensyarah buat kali ke 4 (mungkin juga yang terakhir) untuk praktikum fasa kedua ini. Jadi, tentulah tidak dapat menghadiri program tersebut.Hmm.... seperti biasalah, berdebar-debar rasa hati nak laksanakan p&p hari ini. Setiap hari menanti saat tiba hari terakhir untuk praktikum. Ada beberapa minggu lagi untuk tamatkan praktikum ini.
Semoga, segala aktiviti yang dirancang pada hari ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sunday, August 15, 2010

Sambung Kontrak

Nasib kita yang masih lagi kena sambung kontrak....
Kepada rakan-rakan seperjuangan daerah Johor Bahru khasnya, surat siaran sudah dikeluarkan oleh PPAD JB. Macam biasalah, tempoh 6 bulan sebelum tamat kontrak kenalah mohon semula ke jabatan dengan kenyatan bertulis.
Dalam surat tersebut menyatakan bagi guru-guru yang masih belum membuat permohonan bagi tarikh lantikan Ogos hingga Disember 2010 perlu membawa surat penyambungan kontrak yang telah dinilai oleh Guru Besar ke PPAD sebelum atau pada 16 Ogos 2010.
Manakala bagi bulan Januari hingga Februari 2011 permohonan hendaklah dibuat sebelum 3 September 2010.
Nampaknya, ramai nama rakan-rakan yang telah disenaraikan dalam surat tersebut.Termasuk saya pun ada...

Tuesday, August 3, 2010

Praktikum dan Ramadan....

Setiap saat pasti menghitung hari.....6 minggu sudah berlalu praktikum. Maka berjumlah 8 minggu lagi ataupun senang cerita genap lagi 2 bulan praktikum itu berakhir..... (fuh....lama lagu tu.....)
Memang laluannya mencabar, apatah lagi kini sedang berkira-kira pula untuk menjalani bulan Ramadan.
Buat rakan-rakan seperjuangan, setiap kesenangan memang memerlukan kepayahan dan pengorbanan yang begitu tinggi dalam kehidupan ini.

Tabahlah agar kita semua mampu berdiri teguh di kedua-dua buah sekolah itu....