Semoga ia menjadi satu titik permulaan yang positif bagi tahun baru yang akan menjelma untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat

Sunday, July 3, 2011

Bengkel Mengemaskini Profail Sekolah Agama Kjn. Johor






Bermula dari jam 8.00 pagi bertempat di PKG Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, semua guru ICT telah diarahkan untuk mengemaskini profail sekolah masing-masing. Ini dilaksanakan agar maklumat sekolah sentiasa yang terkini.

Berdasarkan Sekolah Agama Taman Dahlia, banyak perubahan yang berlaku dari segi Guru Besar yang telah bertukar. Sebelum ini, Ustazah Munjiah binti Mohd. Musuri, telah berpindah ke SRAB Segamat. Kini, diganti pula oleh Ustaz Ismail bin Husin. Begitu juga dengan pertukaran keluar masuk tenaga pengajarnya yang silih berganti.

Terdapat juga pembangunan baru yang telah dilaksanakan seperti pagar sekolah telah diganti dengan tembok batu dan dewan terbuka yang tersergam di hadapan bangunan sekolah.
Malah, kini sekolah ini dalam pemantauan untuk dicalonkan bagi kategori landskap tercantik ke peringkat negeri.

Alhamdulillah, semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Friday, July 1, 2011

Hari Terbuka dan Jualan Amal 2011

Jumaat (1.Julai.2011), telah berlangsung Hari Terbuka dan Jualan Amal di Sekolah Agama Taman Dahlia, Johor. Program pertemuan antara guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar telah bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Selain itu, diadakan juga jualan amal sebagai latihan amali bagi pelajar mengaplikasikasi pelajaran muamalat dan juga mengisi tabung sekolah.

Ada juga gerai jualan yang dibuka kepada peniaga luar yang dikenakan sewaan berpatutan. Sambutan daripada ibu bapa juga amat menggalakkan.