Sekolah Agama Taman Dahlia, Jalan Persiaran Anggerik, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. No. Telefon : 07-2369512 Fax: 07-2385116
Semoga ia menjadi satu titik permulaan yang positif bagi tahun baru yang akan menjelma untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat
Tuesday, December 15, 2009
Kejohanan Bola Tampar KDPM KDC JAJ MEI 2007
Bergambar sewaktu mengadakan Kejohanan Bola Tampar bagi matapelajaran GERKO dalam silibus Pengelolaan Pertandingan Bola Tampar oleh pensyarah, En. Mohd. Najib bin Ismail.Hadiah johan dan naib johan berupa piala sebagai kenang-kenangan....
Firman Allah Taala : "Dan Tuhanmu lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya kami telah melebihkan setengah nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan kami telah memberikan kitab Zabur kepada nabi Daud alaihi salam " (Al-Isra':55)
Allah S.W.T sesungguhnya telah menciptakan makhluk lain sebelum Nabi Adam as. seperti dalam firmannya: "Kami telah menjadikan Jin sebelum manusia, daripada api yang sangat panas." (Al-Hijr:27)
Cuaca di sana sini
Renungan
Antara mendengar dengan berkata-kata
Di antara fitnah orang yang berilmu (orang Alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal, mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi. - Yazid bin Abi Habib
Panjatkanlah doa kepada Allah Yang Maha Esa, jangan berputus asa dari mengharapkan rahmat dariNya.
Hanya halangan mental sahaja yang membantutkan usaha ke arah kejayaan. - Clarence Blasier.
Waktu - adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju ke syurga. Semua itu adalah kewajipan seorang hamba terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya, kewajipan-kewajipan hamba di dunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.
Ya...Allah. Tambahkanlah dan berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepadaku...Amin..
No comments:
Post a Comment