Semoga ia menjadi satu titik permulaan yang positif bagi tahun baru yang akan menjelma untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat

Wednesday, June 23, 2010

Pantun Persatuan Bahasa Melayu

SEPETANG DI SUNGAI MELAKA
PERSATUAN BAHASA MELAYU
PENGAJIAN MELAYU 1

Bot Mamee menyusuri sungai,
Sungai Melaka nama diberi,
Kami datang beramai-ramai,
Panorama petang kami hayati.

Bangunan merah tersergam indah,
Di persisiran Sungai Melaka,
Kami datang bukan untuk berkelah,
Mencari idea untuk berkarya.

Menyauk ikan di tepi sungai,
Ikan dimasak oleh Milah,
Pantun kenangan sebelum bersurai,
Di Perempuan Melayu kami mentelaah.

Pedagang Arab datang ke mari,
Datang berdagang sementara cuma,
Banyak cabaran kami tempuhi,
Sepanjang berada di IPG Melaka.

Jambatan Hang Jebat nama diberi,
Jadi penghubung jalan raya,
Pensyarah berpengalaman ada di sini,
Sedia berkhidmat tak kira masa.

Melintas jalan guna jejantas,
Kereta banyak bertali arus,
Masa berlalu amatlah pantas,
Kini tiba di penghujung kursus.

Puas sudah menjamu mata,
Nikmati cendol tiga generasi,
Rakan seperjuangan tidak di lupa,
Terpahat kekal di sanubari.

Otak-otak Johor Bahru,
Ada dijual di Sungai Melaka,
Pengalaman indah, pahit dan pilu,
Menjadi pengubat jiwa yang lara.

Nama ahli kumpulan;
1. Noraishah binti Hosrin
2. Norasikin binti Md. Sapuan
3. A’adzimah binti Fathul Arifin
4. Izawati binti Azman
5. Junainah binti Zainal

Tuesday, June 8, 2010

Refleksi Blog

REFLEKSI
PEMBINAAN BLOG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
NORAISHAH BINTI HOSRIN ( HASRIN ) (780214-01-6332)
KDPM KDC PLPS KPM JAJ
MEI 2007 – DIS 2010
PENGAJIAN MELAYU 1 (PERINGKAT 4)

Alhamdulillah, pertama sekali ingin saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi masa untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.
Sesungguhnya, saya berasa teruja apabila dikehendaki untuk membina sebuah blog yang mempunyai elemen pembelajaran dan pengajaran saya sendiri yang secara rasionalnya segala maklumat yang dipaparkan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang melayari internet. Pastinya keadaan ini orang ramai akan mengenali saya secara tidak langsung. Malah, saya juga merasa sangsi adakah saya boleh menghasilkannya dengan baik serta memenuhi kehendak dan arahan soalan.
Antara masalah yang dihadapi sepanjang tugasan ini dilaksanakan ialah saya masih lagi belum dapat memasukkan elemen bahan pengajaran ataupun ‘upload’ sumber bahan pengajaran. Ini adalah kerana, pada saya ia mengambil masa yang terlalu lama dan tidak menjadi-jadi mungkin disebabkan oleh kesilapan dari saya sendiri. Selain itu, pada mulanya saya menghadapi kesukaran untuk menjadi ‘followers’ rakan-rakan yang lain, iaitu meletakkan gambar pada followers. Namun, setelah merujuk kembali segala nota-nota yang dicatat sewaktu sesi kuliah yang diberikan oleh Dr. Hj. Kamaruddin serta usaha cuba jaya akhirnya saya berjaya juga menjadi ‘followers’. Di situ saya berasa amat gembira kerana percubaan kesekian kalinya telah membuahkan hasil.

Banyak persedian yang perlu dibuat sebelum membina blog. Malah, timbul juga kebingungan untuk mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog, serta mencari-cari bahan yang akan dimasukkan ke dalam blog. Namun, saya pun membuat apa yang terdaya setelah mencuba dengan sebaik mungkin kerana bagi saya masih banyak lagi penambahbaikkan yang perlu dibuat untuk menjadikan saya mahir dalam bidang ini. Selain itu, saya juga perlu mempelajari pelbagai cara untuk download, upload bahan dan juga memasukkannya ke dalam blog.

Dengan itu, saya perlu membuat lebih banyak penyelidikan dan pemerhatian dengan melayari lebih banyak lagi blog-blog yang baik dan wajar untuk dijadikan contoh bagi Dengan itu, saya perlu banyak melayari lebih banyak lagi blog-blog yang boleh dijadikan contoh untuk menghasilkan sebuah blog yang baik. Selain itu, saya juga berharap dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang blog ini dengan lebih mendalam.

Secara keseluruhannya, saya berasa lega kerana dapat melaksanakan tugasan ini walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan kekangan sepanjang proses tugasan ini dilaksanakan. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah pembimbing, serta rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam tugasan ini.

Saturday, June 5, 2010

Lagu Perkhidmatan Awam

Memasukkan Gambar Followers

Hai kawan-kawan sekalian....Nampaknya pencarianku selama ini baru terhasil.
Kejayaan ku hari ini ialah meletakkan gambar untuk menjadi followers kalian lah....
Jenuh berhari-hari mencuba.Senang je rupanya.....Buktinya....
Tengok lah dalam blog kawan-kawan pada followers......Alhamdulillah.