Semoga ia menjadi satu titik permulaan yang positif bagi tahun baru yang akan menjelma untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat

Tuesday, December 29, 2009

Tugasan baru sedia menanti

Hari ini, setelah lima minggu melalui detik-detik indah bersama rakan-rakan seperjuangan di Kampus Perempuan Melayu, Melaka saya mula menjejakkan kaki semula ke sekolah. Tempat bertugas, sejak 16. Mac 2008. Sekolah ketiga dalam perkhidmatan selama 7 tahun. Sekolah Agama Taman Dahlia yang telah sekian lama kutinggalkan bagi memenuhi tuntutan kehidupan. Ya, saya perlu membiasakan diri semula dengan iklim di sini, melengkapkan mana-mana bahagian yang belum sempat kuselesaikan sebelum cuti penggal yang lalu, kini perlu bersedia untuk proses kemasukan pelajar-pelajarnya bagi sesi 2010 yang bakal menjelma beberapa hari lagi. Debaran itu kian terasa. Bertemu dengan wajah-wajah harapan bangsa, yang baru hendak mengenali erti kehidupan. Ditambah pula, berlaku pertukaran guru disebabkan kenaikan pangkat, menyebabkan berlaku sedikit perubahan dari segi pentadbiran. Situasi yang perlu dihadapi ialah, bakal berhadapan dengan guru yang ditukarkan ke sekolah ini, apa yang diharapkan ialah semoga guru tersebut dapat memberikan komitmen yang baik sepertimana guru yang dipindahkan itu...
Seperkara yang menarik, hari ini juga dua orang permata hatiku telah kudaftarkan mereka ke sekolah tadika, Pusat Asuhan Tunas Islam. Silibus yang diajarkan menarik hatiku untuk meneruskan permata hatiku mandapatkan pengalaman persekolahannya yang pertama di situ sebelum melangkahkan kaki ke peringkat persekolahan yang sebenar. Hari yang berlalu terlalu cepat....tanpa disangka mereka telah mencapai usia persekolahan...Harapan ku sama seperti ibu-ibu yang lain, agar anakku mendapat pendidikan yang sempurna untuk memandunya ke jalan yang diredhaiNya, dan selamat di dunia dan di akhirat.

Saturday, December 26, 2009

Tanggal 10 Muharram - Antara Peristiwa Penting

10 Muharram juga disebut hari Asyura. Pada tahun ini, 10 Muharram berlaku pada hari Ahad. Beberapa peristiwa penting telah dicatatkan di dalam Al-Quran berkaitan dengan hari tersebut, antaranya ialah...

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah S.W.T
2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah dari bahteranya selepas bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa Alaihissalam.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob dipulihkan oleh Allah S.W.T
8. Nabi Ayub dipulihkan daripada penyakit kulit.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut merah terbelah dua bagi menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni oleh Allah S.W.T
12. Nabi Sulaiman dikurniakan oleh Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam, menurunkan rahmat, menurunkan hujan, menjadikan Arasy dan Luh Mahfuz.
14. Allah menciptakan malaikat Jibrail.
15. Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan sunat perlu direbut untuk dilakukan pada 10 Muharram adalah,
banyak bersedekah, berpuasa sunat, memuliakan fakir miskin, menahan marah serta menyapu atau megusap kepala anak yatim.

Suatu ketika, Rasulullah S.A.W bertemu beberapa anak yatim yang sedang bermain lalu Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan seraya berkata;
"Aku juga anak yatim, siapa yang mengasihani anak yatim, beerti dia juga mengasihani diriku. Aku dan orang yang mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini, (Rasullullah S.A.W memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yang direnggangkan sedikit antara kedua-dua jari itu)," Hadis riwayat Bukhari.

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima

"Barangsiapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempunyai ilmu, bersedekahlah dengan ilmunya, dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya." - Hadis riwayat Anas bin Malik.

"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan." - Sabda Rasullullah S.A.W

Pahala sedekah dapat dibahagikan kepada empat jenis sebagaimana yang berikut:
1. Sedekah yang mendapat 10 pahala
- memberi makanan kepada fakir miskin
2. Sedekah yang mendapat 70 pahala
- memberi sedekah kepada saudara terdekat
3. Sedekah yang mendapat 700 pahala
- memberi kepada kawan-kawan dan sahabat
4. Sedekah yang mendapat 7000 pahala
- memberi kepada orang yang mencari ilmu
- sumber Kitab Darratun Nasihin

Thursday, December 24, 2009

Wednesday, December 23, 2009

Amalan Harian

Zikir kepada Allah, sekurang-kurangnya mengandungi dua faedah.
1. Menambahkan makrifat kita kepada Allah kerana zikir adalah kunci makrifat dan dengannya tersingkap tabir mukasyafah.
2. Menambah kecintaan kita kepada Allah kerana tidak akan ada rasa cinta di hati tanpa ada keyakinan yang mendalam bahawa Allah Maha Agung, Maha Pemurah dan tidak akan ada yang mampu bertemu dengan Allah s.w.t. kecuali orang-orang yang sudah mukasyafah denganNya. Dipetik dari Asas Tasauf Membentuk Insan Calon Penghuni Syurga, tulisan al-Sayyid Bakri Al-Makkiy, Pustaka Ilmi.

Di akhir interaksi Disember 09



Majlis makan buah secara tak rasmi di kelas Anjung Hikmah, merangkap penutup tirai interaksi Nov-Dis 09. Nak kata gembira...sayu pun ada nak meninggalkan bumi IPG Perempuan Melayu Melaka...
Tunggu lah interaksi Mei-Jun 2010 akan datang....Kepada rakan-rakan seperjuanganku, jaga diri, hiasi peribadi...semoga dipanjangkan umur dan kita sama-sama meneruskan perjuangan ini.Selamat kembali ke sekolah....

Thursday, December 17, 2009

Permata Hatiku

Anak-anakku...jadilah kalian anak-anak yang solehah, penyejuk mata, penawar di hati...