Semoga ia menjadi satu titik permulaan yang positif bagi tahun baru yang akan menjelma untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat

Sunday, July 3, 2011

Bengkel Mengemaskini Profail Sekolah Agama Kjn. Johor






Bermula dari jam 8.00 pagi bertempat di PKG Pejabat Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, semua guru ICT telah diarahkan untuk mengemaskini profail sekolah masing-masing. Ini dilaksanakan agar maklumat sekolah sentiasa yang terkini.

Berdasarkan Sekolah Agama Taman Dahlia, banyak perubahan yang berlaku dari segi Guru Besar yang telah bertukar. Sebelum ini, Ustazah Munjiah binti Mohd. Musuri, telah berpindah ke SRAB Segamat. Kini, diganti pula oleh Ustaz Ismail bin Husin. Begitu juga dengan pertukaran keluar masuk tenaga pengajarnya yang silih berganti.

Terdapat juga pembangunan baru yang telah dilaksanakan seperti pagar sekolah telah diganti dengan tembok batu dan dewan terbuka yang tersergam di hadapan bangunan sekolah.
Malah, kini sekolah ini dalam pemantauan untuk dicalonkan bagi kategori landskap tercantik ke peringkat negeri.

Alhamdulillah, semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Friday, July 1, 2011

Hari Terbuka dan Jualan Amal 2011

Jumaat (1.Julai.2011), telah berlangsung Hari Terbuka dan Jualan Amal di Sekolah Agama Taman Dahlia, Johor. Program pertemuan antara guru-guru dan ibu bapa pelajar-pelajar telah bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Selain itu, diadakan juga jualan amal sebagai latihan amali bagi pelajar mengaplikasikasi pelajaran muamalat dan juga mengisi tabung sekolah.

Ada juga gerai jualan yang dibuka kepada peniaga luar yang dikenakan sewaan berpatutan. Sambutan daripada ibu bapa juga amat menggalakkan.

Sunday, May 29, 2011

Kursus Adobe Photoshope & Teknik Asas Fotografi Digital



Kursus bertempat di Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau, bermula jam 8.00 pagi selama dua hari.
Bertujuan untuk memberi pengetahuan dan memantapkan cara mengambil gambar dan penggunaan Adobe Photoshope.
Pertama kali sampai di sekolah ini, jauh nun di pedalaman. di kelilingi dengan ladang kelapa sawit. Tetapi, pemandangannya indah.

Sunday, December 19, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Setelah sekian lama menuntut di IPG Perempuan Melayu, makin hampir pula ke saat akhir perjuangan itu.
Peperiksaan akhir akan menjelma minggu ini.
Semoga berjaya kepada semua rakan agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Rabu (23.11.2010)
Khamis (24.11.2010)8.30 -11.00 pagi. Selamat berjaya.

Sunday, November 14, 2010

Interaksi Peringkat 5

Hmmmm....hari persekolahan ada lagi seminggu. Tapi rasanya mood cuti dah mula menjelma. Apatah lagi Hari Raya Aidil Adha pun dah hampir tiba. Ramai juga yang dah mula bercuti, balik kampung. Aku plak, nak balik kampung, serba salah. Orang tua genap dua tahun pergi mengadap Ilahi. Mak mertua pula jaga cucu, anak kepada kakak ipar yang menunaikan ibadah haji tahun ni. Lagi pulak, lepas 3 hari bercuti, ada lagi satu hari persekolahan, iaitu hari Jumaat. Jadi, beraya di rumah sendiri aje lah nampaknya. Cuma mengenangkan hari raya yang dah tak berapa nak meriahnya seperti dahulu kala. almaklumlah.....kala umur dah meningkat ni. Meriahkan anak-anak aje lah.

Untuk kawan-kawan.....selamat berjumpa lagi interaksi akan datang ni. Perjuangan yang terakhir. Melihat pada jadual waktu ( dah boleh download dari portal ippm) memang padat. Bersabar je lah. Moga dikuat dan dimantapkan iman kita semua...
Selamat menyambut Aidil Adha dan Selamat Berkuliah.....

Tuesday, August 31, 2010

Jadual Interaksi September 2010

Cuti persekolahan hampir bermula. Seperti biasa, maka bermulalah lagi interaksi di IPG Perempuan Melayu. Jumaat ini hinggalah ke Rabu minggu hadapan sebelum menjelma Syawal yang dinanti. Tapi....yang pasti ye kawan-kawan ku sekalian, ada lagi beberapa minggu untuk menamatkan praktikum fasa 2 kita. Nampaknya, perjuangan itu masih belum selesai.

Yelah...kawan-kawan, jadual waktu pun dah ada boleh la download di Portal IPPM.

Selamat berpraktikum, berkuliah, berpuasa dan menyambut Hari Raya....

Sunday, August 22, 2010

Murid-murid Praktikum....

Hari ini, masuk minggu ke-9 sesi praktikum merangkap pencerapan kali ke-4.
Ku perhatikan, murid-murid pada hari ini agak berdisiplin berbanding hari-hari yang lalu. Mungkin juga kerana mereka dalam iklim berpuasa. Secara jujurnya, saya berpuas hati dengan mereka pada kali ini. Mengikut arahan, tiada lagi usik mengusik...dan mungkin boleh diberikan ganjaran di akhir praktikum nanti sebagai pemangkin untuk mereka dalam terus mendidik jiwa yang positif. Saya amat mengharapkan mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan saya sehingga ke titik yang terakhir.