Setahun telah berlalu. Tanpa sedar angka 1432 telah menutup tirai. Banyak peristiwa suka duka, pahit getir telah ditempuhi namun yang pasti ada hikmah disebaliknya. Itulah qada' dan qadar yang wajib dipercayai oleh setiap mukmin. Sebagai manusia, perlulah kita mengambil iktibar, muhasabah diri dan membaiki kekurangan serta kelemahan yang ada. Mudah-mudahan, 1433 membawa sinar dan kehidupan baru. Semoga Allah S.W.T memberikan peluang untuk kita agar dapat menambah amalan sebagai bekalan ke tempat yang kekal abadi, di akhirat sana. Rebutlah lima perkara itu sebelum lima perkara yang lain tiba.
Sepertimana yang telah dirancangkan, akhirnya Kursus Penyembelihan yang diprogramkan untuk pelajar-pelajar Darjah Khas berjaya dilaksanakan.Jangkaan asal, program ini akan dimulakan pada jam 7.00 pagi tetapi disebabkan kelewatan ayam dan kesilapan teknikal, penyembelihan dimulakan jam 9.00 pagi. Sebelum sesi amali dijalankan,Ustaz Ismail bin Hussin selaku Guru Besar memulakan slot taklimat kepada 58 orang para peserta untuk menerangkan cara-cara penyembelihan. Guru penyelaras program, Ustazah Azizah binti Othman mengagihkan peserta kepada 9 kumpulan. Sebanyak 40 ekor ayam diperuntukkan untuk program tersebut. Semua guru yang hadir terlibat sebagai pembimbing kepada peserta. Para peserta diberi tunjuk ajar secara langsung oleh Guru Besar dan dibantu oleh seorang ahli jawatankuasa Badan Kebajikan, En. Mohammad Nick bin Abdullah sewaktu penyembelihan. Manakala guru-guru menunjuk cara dari membasuh ayam dan mencabut bulu ayam. Para peserta juga tidak ketinggalan turut serta dengan bersungguh-sungguh sehingga ayam tersebut bersih dan sedia untuk dimasak. Hasil daripada ayam tersebut, menjadi sup ayam dan juga kari ayam. Para peserta dibekalkan sebungkus sup ayam untuk dibawa pulang.
Firman Allah Taala : "Dan Tuhanmu lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya kami telah melebihkan setengah nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan kami telah memberikan kitab Zabur kepada nabi Daud alaihi salam " (Al-Isra':55)
Allah S.W.T sesungguhnya telah menciptakan makhluk lain sebelum Nabi Adam as. seperti dalam firmannya: "Kami telah menjadikan Jin sebelum manusia, daripada api yang sangat panas." (Al-Hijr:27)
Cuaca di sana sini
Renungan
Antara mendengar dengan berkata-kata
Di antara fitnah orang yang berilmu (orang Alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar. Padahal, mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah dan mengurangi. - Yazid bin Abi Habib
Panjatkanlah doa kepada Allah Yang Maha Esa, jangan berputus asa dari mengharapkan rahmat dariNya.
Hanya halangan mental sahaja yang membantutkan usaha ke arah kejayaan. - Clarence Blasier.
Waktu - adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi kekuatan. jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkahan dan rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju ke syurga. Semua itu adalah kewajipan seorang hamba terhadap Tuhannya. Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya, kewajipan-kewajipan hamba di dunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.
Ya...Allah. Tambahkanlah dan berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepadaku...Amin..